Pendaftaran sesi baharu kini dibuka — tempat terhad.Lihat berita
Profil Sekolah

Tentang SMK Telok Panglima Garang

Teguh komited dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang dari aspek akademik, sahsiah terpuji, dan kokurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Halatuju Kami

Visi & Misi Sekolah

Visi

Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.

Misi

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Hala Tuju 2026-2030

Lima teras pembangunan utama bagi tempoh 2026 hingga 2030.

1

Kecemerlangan Akademik

Meningkatkan prestasi akademik pelajar secara menyeluruh dengan GPS SPM melebihi 4.5 menjelang 2030.

2

Pembangunan Modal Insan

Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi ilmu, akhlak, sahsiah dan kemahiran kepimpinan.

3

Kokurikulum Berprestasi Tinggi

Menempatkan sekolah dalam kalangan sekolah terbaik kokurikulum peringkat negeri.

4

Infrastruktur & Teknologi

Membangunkan prasarana digital dan kemudahan pembelajaran moden selaras dengan keperluan Pendidikan 4.0.

5

Komuniti & Keluarga

Memperkukuh hubungan antara sekolah, ibu bapa, PIBG dan komuniti setempat.

Logo Sekolah

Maksud warna dan lambang pada logo SMK Telok Panglima Garang.

Logo Sekolah
PerkaraKeterangan
Warna KuningMelambangkan kecemerlangan, kemuliaan dan pencapaian tinggi yang menjadi aspirasi warga sekolah.
Warna MerahMelambangkan keberanian, semangat juang dan keteguhan hati dalam mengejar kejayaan.
Warna PutihMelambangkan kesucian, keikhlasan dan ketulusan dalam menuntut ilmu.
HarimauMelambangkan keberanian, kekuatan dan semangat kepimpinan yang ada pada setiap warga sekolah.
Keris / PenaMelambangkan ketajaman ilmu pengetahuan dan kewibawaan dalam menghadapi cabaran.
Buku Terbuka & Moto"Ilmu Rukun Hidup" — melambangkan ilmu sebagai teras dan landasan kehidupan seluruh warga sekolah.

Bendera Sekolah

Maksud warna dan lambang pada bendera SMK Telok Panglima Garang.

Bendera Sekolah
PerkaraKeterangan
Warna KuningBermaksud kegemilangan, kemuliaan dan kecemerlangan yang menjadi aspirasi warga sekolah dalam mencapai kejayaan.
Warna UnguBermaksud kebijaksanaan, kreativiti, kewibawaan dan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.
Logo SekolahBermaksud identiti, visi, misi dan moto sekolah menjadi teras serta penyatuan seluruh warga SMK Telok Panglima Garang.

Lagu Sekolah

Warga SMKTPG
Berikrar dan berjanji
Tekun ilmu dicari
Mencapai hasrat murni

Warga SMKTPG
Tekad usaha bersatu
Murnikan azam kita
Mencapai cita-cita

c/o
Mari teman semua
Kita bersatu padu
Untuk menjayakan cita yang direstu

Jangan lupa nasihat
Ibu bapa dan guru
Untuk mencapai wawasan yang dituju

Megah SMKTPG
Maju jaya berbakti
Ilmu amal diberi
Kita harus syukuri
Kita harus syukuri

Komposer: Abdul Rahim Hj Anuar
Lirik: Abd Malek Shaari

Lagu Jom Jadi Best

Jom jom aku jadi BEST
Jom jom kamu jadi BEST
Jom jom jom kita BEST
Jom jom jadi BEST

Jom jom aku jadi BEST
Jom jom kamu jadi BEST
Jom jom jom kita BEST
Jom jom jom jadi BEST

B.E.S.T
B.E.S.T
B.E.S.T
Jom jadi BEST

Baik
Efisien
Syukur
Terbilang

Baik
Efisien
Syukur
Terbilang

Jom jom jadi BEST
Jom jom jadi BEST
SMKTPG jadi BEST